Saturday, 20 August 2011

LATIHAN ASAS TENTERA DI PLR PD PADA TAHUN 1987


Bergambar kenangan bersama KSM (KSM dulu-dulu mmg  ganas gile)

Wakil Skot Leader dari setiap Plt  C Kompeni

Skot-skot dari Plt 31

Plt 31 menjadi johon merempuh halangan antara kompeni

Skot Leader yang terpilih untuk menyertai pertandigan pemilhan Skot Leader terbaik  Siri 116
Gambar  warga  C Kompeni semasa pertandingan Merempuh Halangan diantara Kompeni

Gaya seorang soja......masa ni, jenis senjata tu pun belum kenal lagi
Bukan menjadi johan tetapi  hanya sekadar mendapat hadiah aje
Mula masuk tentera pada 04 Jul 1987, menjalani latihan asas rekrut selama 6 bulan hingga 23 jan 1988.  Semasa di PLR PD aku di tempatkan di Charlie Kompeni, Platun 31.  Antara jurulatih yang masih aku ingat, Plt Sjn - Sjn Ibrahim, Kpl Shaari, Kpl Kamarudin, Lkpl Tajudin. Dengan melihat gambar2 ini, mengingatkan kembali aku  ke zaman muda yang masih gagah jika nak dibandingkan dengan sekarang. Di PLR kenangan pahit lebih banyak dari manis tetapi dengan kenangan pahit itulah yang mengingatkan aku peristiwa-peristiwa yang tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayat   Dimana  dahulunya pahit, tapi kini menjadi manis. Kekadang aku ingatkan kembali perkara yang luar biasa boleh kita lakukan bila kita dipaksa atau terpaksa.

Monday, 8 August 2011

Bukit Tabur

Disini udaranya cukup nyaman......
16 Jul 2011.  Pada hujung minggu yang membosankan aku telah memilih aktiviti yang menyihatkan badan iaitu mendaki Bukit Tabur.  Walaupun pemandangannya tidak seindah G.Kinabalu @ G.Tahan, memadai dapat menyenangkan mata dengan pemandangan hijau hutan dan kawasan sekitar Kuala Lumpur.  Sekiranya  ingin berkongsi pengalaman boleh menghubungi saya Mohd Ameran bin Ahmad melalui Email: Ameran1240@yahoo.com/ mohdameran@gmail.com.